Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Perjumpaan ke-100 Kelab Toastmasters Bahasa Melayu Johor Bahru - Tahniah!

 

Tahniah kepada Kelab Toastmasters Bahasa Melayu Johor Bahru atas perjumpaan yang ke-100 pada 15 Disember 2014 yang lepas! Meriah! Bersinar-sinar! Dan, kek yang Puan Presiden, Ida Abdullah, ACB, CL beli sedap! :D

Pengarah / Pengacara Majlis adalah Afzan, ACB ALB, Pengucap Terbaik ialah KL Chan, ACB,
Penilai Terbaik pula Liza Alip, ACB dan Pengucap Spontan Terbaik, TM Fadzly. 

Tahniah! 


 
Pengucap Spontan Terbaik



TM Syafiq (atas) memainkan peranan sebagai Penilai Bahasa buat kali pertama dengan perkataan SINAR. Manakala Mirna CC menilai ucapan dan QJ CC mengetuai sesi penilaian sebagai Penilai Am buat julung-julung kali dalam Bahasa Melayu.

Perjumpaan meriah dengan kehadiran seramai 29 orang.



Tetamu paling muda, Gia, berumur 9 tahun yang memperkenalkan diri beliau tanpa sebarang pengisi masa (time filler)! Tahniah!


Tetamu yang memperkenalkan diri sebagai "Nama saya panjang. Dipendekkan, jadi Venka. Awak ingat van, awak ingat kereta, awak akan ingat saya, van car, Venka". Dua dari kanan.



Semua hadirin sedang asyik mendengar ucapan PROJEK PERTAMA Yasotha Arumugam, ACB, ALB bertajuk Anak Bapak.

Dan, dan, dan, KL Chan telah dinobatkan sebagai Advanced Communicator Bronze pada malam itu juga!!!



Itu dia, Wilhelm Conrad Rontgen yang membuatkan KL Chan ada kerjaya hari ini, dan merupakan tokoh yang diceritakan untuk ucapan lanjutan, Bercerita, Projek ke-5.

Tahniah kepada semua ahli Kelab Toastmasters Bahasa Melayu Johor Bahru, rakan-rakan Toastmasters dan tetamu-tetamu semua. Saya beri 100% markah! :D

Detik Bersejarah Kelab Bahasa Melayu Antara Daerah 51 dan Daerah 80

A joint meeting between two Toastmasters Clubs in Bahasa Melayu was successfully enjoyed! Okay, okay. Was successfully organized :)
To be more precise, between two districts!!!

"Sejarah telah dilakar apabila dua Azizah dari dua daerah Toastmasters bertemu dalam Persidangan Toastmasters International di Kuala Lumpur yang lalu. Bermula dari satu idea oleh Azizah Abu Hassan dari Daerah 51 dan Azizah Sapari dari Daerah 80, Kelab Toastmasters Bahasa Melayu Johor Bahru (KTBMJB) dan Jauhari Bilingual Toastmasters Club (JBTC) telah Berjaya menganjurkan satu Perjumpaan Bersama yang meriah dan gilang-gemilang pada 15 November 2014 di Hotel Grand BlueWave..."

Written by Nur Afzani Tual, ACB, ALB, Area A4 Governor 2014/2015. She is also the 'Naib Presiden Perhubungan Awam 2014/2015, Kelab Toastmasters Bahasa Melayu Johor Bahru'.

Read more by clicking to this link, to our District 51 website. Detik Bersejarah Kelab Bahasa Melayu Antara Dua Daerah
http://www.tmdistrict51.org/materials2014-2015/Editorial/201412/BMJointMeetingC.jpg